Bila awak susah,
mungkin saya tak dapat bantu apa-apa..Tapi saya
boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak..
Takkala awak resah
dan sedih,saya tak mampu tenangkan awak..Tapi saya boleh pinjamkan hati saya
untuk mendengar isi hati awak..
Di saat awak lagi sendiri,sepi..saya memang tak
mampu untuk ada di sebelah awak..Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit
untuk menemani awak..
Pertemuan kita berdua ini juga bukan
kehendak saya..Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya..
Yang mungkin punya
perancangan yang indah di sebaliknya.. ♥
Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna
dari segala sudut..Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di
tangan..
Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan..Walau
mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak..
Tapi saya nak ada sentiasa
untuk awak dalam apa jua keadaan…
Kawan tetap kawan.. ♥
Sentiasa mendoakan kebahagiaan awak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan