Januari 19, 2013

Hanya Yang Termampu...


Bila awak susah,
mungkin saya tak dapat bantu apa-apa..Tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak..

Takkala awak resah dan sedih,saya tak mampu tenangkan awak..Tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar isi hati awak..

Di saat awak lagi sendiri,sepi..saya memang tak mampu untuk ada di sebelah awak..Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani awak..

Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya..Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya..

Yang mungkin punya perancangan yang indah di sebaliknya.. ♥ 

Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna dari segala sudut..Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan..

Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan..Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak..

Tapi saya nak ada sentiasa untuk awak dalam apa jua keadaan…
Kawan tetap kawan.. 
Sentiasa mendoakan kebahagiaan awak..


Januari 08, 2013

❤ TERSENYUMLAH MESKIPUN PERIT ❤


KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita..tapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka..

KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama MADU yang boleh memaniskan CUKA hati dan emosi.. Aku sudah maafkan semua kesalahan orang lain terhadap aku. Tapi aku masih belum tahu, adakah kesalahan diri aku sudah dimaafi oleh orang lain..?

BAHAGIA yang ada sekarang ini, tidak kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita.. Lepas kita MATI, semua ini akan hilang, sakit kaki dan belakang kita akan hilang!! Tapi Sekarang ini, aku yang merasa SAKIT nya.. 

BE STRONG ..

"SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku"