Disember 24, 2012

Penawar ❤

Terkadang,

bila ujian menimpa diri kita,

kita cepat mengeluh & mengalah,

Kita seolah2 menyalahkan takdir atas ujian yg menimpa..

tapi,

sedarkan kita..

ujian itu hadir untuk menguatkan kita,

untuk meningkatkan keimanan kita,

untuk menguji ketabahan kita..

dan kerana kasihnya Allah pada kita..

Sekalipun jiwa kita teruk terluka,

percayalah,


Allah telah pun menitipkan penawar untuk kita ,

kerana dalam setiap derita,

pasti ada bahagia..

InsyaAllah..

Disember 17, 2012

♥✿ •*¨`*• aku bermohon kepadaMu ♥✿ •*¨`*•.



Ya Allah.... 
Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... berikanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi selamanya ... 

Dan ya Allah... 
ya tuhanku yang maha mengasihi...Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... 
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku boleh bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... 
Gantilah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... 
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... 

amin..

November 23, 2012

----->>> Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan ❤


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

FiKiR-FiKiRkAnLaH...

November 18, 2012

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya,
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah mata nya,
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakan nya?

Fikirkan laa.

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon MAAF!

Jadi hargai, jujur, setia lah pada wanita yg berada di samping mu, yg sanggup berbuat apa saja utk mu, menjaga, merindui, menyayangi, mengasihi,  dirimu.. 

fikirkan lah..

November 17, 2012

❤ Aku redha ❤ Aku pasrah segalanya ❤


Saat ku merinduimu,ku semakin syahdu

Saat ku mengingatimu,ku semakin menunggumu.

Saat ku menyayangimu,ku semakin sayu.

Saat ku mencintai mu,ku sudah pergi jauh.

Wahai sayang ku,

Diri ku tahu mu merindui ku,menyayangimu,mencintaiku..

Bukan ku menolak segalanya

Tapi..

Ianya adalah kerana dirimu ..

Dirimu terlalu baik untuk diri ku..

Kerana diriku tak sempurna buat dirimu

Wahai sayang ku..

Rinduku pada dirimu 

Setiap kenangan yang pernah kita lalui

Sentiasa bersemadi dalam hati ku

Hanya 1yang ku perlu mu tahu ..

 Rindu tiada penghujung buat diri ku untuk selamanya.. 

November 15, 2012

❤¸¸.•» Menyayangi Seseorang



Sayangi si dia dengan sepenuh hati, bukan dengan perasaan. Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.Sayangi dia seadanya. Didunia ini ada perlbagai personality. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia. Tentu kamu masih ingat, kamu terpikat padanya kerana dia adalah dia.Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kamu. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kamu. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kamu merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kamu kerana kelak, yang kamu akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kamu akan sentiasa meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk kamu berdua.BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kamu kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga demi kamu.Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis,kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.Jangan cepat berbangga dengan diri kamu, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kamu perolehi setelah kamu berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kamu adalah kerana dia percaya bahawa kamu adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kamu telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kamu berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun yang berlaku..