November 28, 2013

HATIKU SAKIT KERANA RINDU

Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar mengalir mutiara di pipi aku .
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. 

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita. 

Boleh ke aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?

Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran insan lain.

Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi.
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak sekuat  yang disangkakan.

Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa yang bahagia?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

Semua tu dilema yang tak boleh dibuang dari hati.. Si empunya bernama 

P.E.R.E.M.P.U.A.N


ADAKAH AKU ?????