November 15, 2012

❤¸¸.•» Menyayangi Seseorang



Sayangi si dia dengan sepenuh hati, bukan dengan perasaan. Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.Sayangi dia seadanya. Didunia ini ada perlbagai personality. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia. Tentu kamu masih ingat, kamu terpikat padanya kerana dia adalah dia.Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kamu. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kamu. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kamu merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kamu kerana kelak, yang kamu akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kamu akan sentiasa meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk kamu berdua.BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kamu kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga demi kamu.Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis,kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.Jangan cepat berbangga dengan diri kamu, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kamu perolehi setelah kamu berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kamu adalah kerana dia percaya bahawa kamu adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kamu telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kamu berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun yang berlaku..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan